KUALA LUMPUR: Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan.
"Tilawah al-Quran diadakan setiap tahun dan menjadi satu program besar di peringkat negara. Dari semasa ke semasa kita perkukuhkan lagi penganjuran tilawah dalam pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program World #QuranHour 2024 di Masjid Negara hari ini.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke program itu.
Semalam, Zulkifli berkata dakwaan kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini, adalah tidak benar.
Beliau dilapor berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Okt.
Kenyataan itu susulan dakwaan yang tular di media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter, kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert.
Mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran mesej tersusun memburukkan kerajaan, dengan mendakwa tiada pertandingan tilawah al-Quran tahun ini, Zulkifli berkata ruang perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu.
"Kami akan terus berikan kefahaman supaya kita dapat pentingkan perpaduan dan hormati satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Zulkifli berkata malangnya, ada pihak cuba mensensasikan perkara ini hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada kerajaan. - Gambar fail/Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
Pertukaran tarikh Majlis Tilawah al-Quran bukan perkara baru
Pertukaran tarikh bagi Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan perkara baharu dan pernah berlaku beberapa tahun lepas.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
Upacara penghormatan Tun Abdul Taib selesai disempurna di Masjid Negara
Upacara penghormatan peringkat Semenanjung jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, selesai pada jam 11.30 pagi.
Solat jenazah Abdul Taib selesai disempurnakan di Masjid Negara
Antara yang menyertai solat jenazah itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara
Jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang pada jam 12 tengahari.
Jakim anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024
Jakim akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Banjir: Solat hajat di masjid seliaan Jakim malam ini
Solat hajat di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan dimulakan malam ini.
Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.
Ribuan umat Islam mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini
Umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf-saf di masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah.